CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, November 11, 2011

tragedi 10 / 10 / 10 dan 11 / 11 / 11...


TRAGEDI 10 / 10 / 10
Tarikh 10.10.10 yang dinanti-nantikan kebanyakan umat manusia dengan peristiwa-peristiwa menarik seperti perkahwinan, pernikahan dan juga
aktiviti-aktiviti bersosial semasa keluarga.. Tetapi tidak pada 12 nyawa dan lebih 40 orang cedera dalam kemalangan ngeri membabitkan 7 buah kenderaan di Kilometer 223 Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Plaza Tol Simpang Ampat, Rembau Negeri Sembilan semalam.
kemalangan bas lebuhraya utara selatan melaka Update | Video Kemalangan Ngeri 10.10.10 Tragedi Lebuhraya – 12 Maut
Difahamkan tragedi ngeri ini berlaku pada 6.40 petang, kesemua mangsa yang terkorban terdiri daripada sembilan lelaki dan tiga wanita. Setakat
tengah malam tadi identiti semua mangsa belum dikenal pasti. Kenderaan yang terbabit dalam kemalanagan itu ialah sebuah bas express Delima,
sebuah bas Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), tiga buah kereta, sebuah van dan sebuah motosikal.
Kemalangan itu didakwa berpunca daripada bas express Delima yang dalam perjalanan dari Melaka menuju ke ibu negara. Bas itu didakwa terbabas dan melanggar pembahagi lebuh raya. “Selepas melanggar pembahagi jalan bas tersebut berpusing-pusing memasuki laluan bertentangan sebelum berlanggar dengan sebuah van yang dalam perjalanan ke selatan.
“Bas Delima itu kemudian merempuh sebuah Perodua MyVi, bas JKM dan tiga buah kenderaan lain,” kata beliau ketika dihubungi di sini semalam. Difahamkan 12 mangsa yang terkorban membabitkan sepuluh penumpang bas Delima, seorang penumpang van dan seorang penunggang motosikal lelaki. -Kosmo
bas delima kemalangan Update | Video Kemalangan Ngeri 10.10.10 Tragedi Lebuhraya – 12 Maut
x2 2f8ccfd Update | Video Kemalangan Ngeri 10.10.10 Tragedi Lebuhraya – 12 Maut
x2 2f8cf8d Update | Video Kemalangan Ngeri 10.10.10 Tragedi Lebuhraya – 12 Maut
Sumber Kosmo dan Google… 
TRAGEDI 11 / 11 / 11
SLIM RIVER: Kebanyakan pelajar dan guru dari Sekolah Menengah Kebangsaan Air Merah, Kulim, Kedah sedang tidur ketika bas persiaran yang mereka naiki untuk lawatan ke Kuala Lumpur sebelum ke Genting Highlands terbabas dan terbalik di laluan kiri menuju arah selatan di Kilometer 382 Lebuhraya Utara-Selatan awal pagi tadi. 

Menurut saksi, mereka cuba keluar dari bas terbabit sebelum treler membawa guni muatan pasir merempuh sebahagian belakang bas yang berada di atas jalan laluan lebuh raya itu.
Seorang pelajar yang berada dalam bas terbabit, Farhana Adila Ramli, berkata ketika kejadian kebanyakan rakannya sedang tidur.
"Kami tidak sedar sebahagian bas telah terbalik selepas terbabas, suasana bising. Kami keluar dari bas untuk selamatkan diri masing-masing. Pada waktu itu tiba-tiba sebuah treler langgar dari belakang bas, kawan-kawan di bahagian belakang saya tidak tahu nasib. Saya sedar apabila berada di hospital," katanya ketika ditemui di bahagian kecemasan Hospital Slim River di sini. 

Pelajar Tingkatan Tiga, Mohd Shah Redzuan Samsudin, yang patah di bahagian lengan, berkata sebilangan besar yang berada di dalam bas terbabit hanya cedera ringan apabila bas itu terbabas. 

"Apabila treler merempuh bas kami, saya tengok rakan sekolah yang lain tercampak keluar dari bas," katanya. 

Guru mata pelajaran Biologi, Azria Hani, 31, berkata rombongannya bertolak dari Kulim pada 11.30 malam tadi untuk lawatan ke Kuala Lumpur dan Genting Highlands. 
Antara tempat yang ingin dilawati adalah ASTRO dan Menara Berkembar PETRONAS. 

Sementara itu, Ketua Wanita UMNO Bahagian Alor Setar, Sharifah Maznah Syed Kassim, berkata mangsa yang maut dalam kejadian itu, Basarah Saad, adalah ahli pergerakan Wanita dan menaiki bas lain yang berhenti untuk membantu pelajar keluar dari bas yang membawa rombongan sekolah berkenaan. 

"Ketika bas yang membawa rombongan Pergerakan Wanita UMNO Kedah untuk ke Tanjung Karang lalu di kawasan terbabit, pemandu ternampak dan kemudian berhenti di depan bas terbabit. 

"Pemandu kami turun untuk bantu pelajar dan pesan kepada kami jangan turun tapi beberapa ahli pergerakan ingin bantu. Mereka sempat keluarkan tiga pelajar dari bas yang terbabas," katanya. 

Apabila sedang membantu, sebuah treler merempuh belakang bas terbabit dan kemudian asap keluar berkepul-kepul. 

"Pemandu minta semua ahli Wanita yang turun (untuk bantu) naik semula ke dalam bas kami, kerana pemandu kata keadaan bahaya dan risau jika bas terbabit meletup. Apabila bas kami bergerak, baru tersedar Basarah tiada dalam bas, dan cubaan menghubunginya gagal. Kami kemudian berhenti dan berjalan kaki ke kawasan kejadian sebelum dimaklumkan Basarah maut," katanya. 

Katanya, ketika kejadian, kedengaran pelajar terbabit menangis dan meminta tolong dalam keadaan gelap di kawasan berkenaan. 

Beliau berkata, Basarah adalah ibu tunggal dan mempunyai tiga anak lelaki. 

Abang kepada seorang pelajar yang maut, Zuhairi Azhan, 21, berkata pada mulanya beliau tidak membenarkan adiknya Khairul Anwar menyertai rombongan itu bagaimanapun selepas dirayu beberapa kali akhirnya beliau mengizinkan. 

"Saya terkilan tidak dapat menghantar adik kerana bekerja. Sebenarnya ibu saya mengalami trauma kerana sebelum ini adik perempuan saya juga meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya," katanya. 

Ibu kepada Farhana Adila, Rozita Idris berkata, pada 6.30 pagi tadi beliau cuba menghubungi anaknya bagaimanapun tidak dapat menembusi talian telefon bimbit anaknya itu. 

"Saya kemudiaan cuba hubungi kawan kepada anak saya, dan dimaklumkan bas kemalangan dan mereka berada di Hospital Slim River. Saya sedih dan hiba apabila diberitahu ada rakan anak yang meninggal dunia dalam kejadian itu," katanya. 

Kesemua jenazah mangsa yang maut sudah dituntut waris masing-masing petang tadi di Rumah Mayat Hospital Slim River. 

Dalam kejadian itu, empat maut dan lima cedera parah apabila sebuah treler membawa guni berisi pasir melanggar bahagian belakang bas yang berhenti akibat terbabas di sebelah kiri laluan menuju ke selatan di Kilometer 382 Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Behrang di sini awal pagi tadi. - BERNAMA

4 comments:

smilenajah93 said...

malang tak berbau ...

jom buat nie , snng kim nk komen2 lain kali :)

http://smilenajah93.blogspot.com/2011/11/pop-up-window.html

k.h.a.l.i.l.a said...

campusmate sy one of mangsa tragedi 10/10/10. mangsa terakhir yang meninggal dunia. -_-"

mohd faiq bin mohamad azhari said...

smilenajah93.....ok thkz.

mohd faiq bin mohamad azhari said...

khalila....realy..??

Post a Comment