CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, November 25, 2011

Coretan Ke - 20

Coretan Ke - 20

       Di hening pagi isnin yang suram, tanggal 25 november 1991, beralamat lot 698 jalan sempadan, terletaklah teratak kasih Pn Hajjah aisyah bersama sepasang suami isteri yang bernama Azhari serta isteri tercinta yang sarat mengandung anak pertama Idayu sedang tidur nyenyak. Jiran tetangga pula sedang tidur di ulit mimpi yang cukup indah, tiba – tiba kedengaran triakkan seorang wanita yang cukup nyaring menandakan hari yang di tunggu – tunggu oleh sepasang suami isteri itu telah tiba. Seisi rumah Puan Hajjah tersedar dari tidur lantas ke bilik pasangan suami isteri itu. Si suami tergamam apabila si isteri sedang bertarung dengan nyawa untuk melahirkan anak yang pertama. Tepat jam 6.30 am, mak bidan dari kg Ijok tiba di rumah itu untuk membantu isteri pasangan itu melahirkan cahaya mata mereka yang pertama. Tepat jam 7.15 am, lahirlah zuriat yang suci tanpa setitis dosa keluar dari rahim ibunya. Mereka menatang bagai minyak yang penuh. Hari demi hari. Malam silih berganti dengan siang kini cukup seminggu mereka meletakkan nama bayi yang suci anugrah tuhan itu dengan nama yang cukup indah iaitu Mohd Faiq.


       Hari demi hari, tahun demi tahun, kini anak sulung mereka sedang meniti ke alam pembelajaran keanakkan yang penuh dengan riang ria. Setapak demi setapak anak sulung mereka itu mula berjalan dan kini pasangan suami isteri itu sudah mempunyai lima orang zuriat yang amat comel. Anak kedua mereka diberi nama Mohamad Faiz Azizie, anak ketiga bernama Aina Syahirah, anak keempat mereka bernama Mohamad Fauzi Adhwa dan anak terakhir mereka bernama Aina Syafiqah. Ayah kami mendirikan sebuah mahligai yang tersegam indah untuk kami tinggal bersebelahan rumah nenda kami.


      Bermulalah kisah kehidupan aku yang bernama Mohd Faiq bin Mohamad Azhari. Aku berumur 12 tahun, sedang bertarung dengan peperiksaan upsr, setelah lama aku mentelaah buku serta membuat latihan yang sebanyak mungkin, kini aku sudah cukup dengan ilmu yang di pelajari dari sekolah rendah aku iaitu Sekolah Kebangsaan Bukit Badong. Di sebelah petangnya pula aku berlajar di Sekolah Rendah Agama Bukit Badong dan menjalani ujian psra.


      kini aku berusia 17 tahun dan bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Bestari Raja Muda Musa,disitulah tempat aku bermesra bersama teman – teman ku, suka duka kami, kami pahatkan di batu – batu sekolah itu. Tahun akhir iaitu tingkatan 5 aku perlu menjalani peperiksaan yang amat penting bagi diri aku serta pada setiap rakyat Negara ini iaitu peperiksaan yang akan memisahkan aku samaada melanjutkan pelajaran atau pun terus masuk ke alam pekerjaan iaitu peperiksaan sijil peperiksaan Malaysia.
Setelah tamat tingkatan lima, semaasa aku berumur 18 tahun aku mengambil keputusan untuk memasuki pusat latihan kemhairan YBK di Kuala Selangor dan mengambil kursus pendawaian tahap satu iaitu BWI – 1 untuk memenuhi hasrat ayah aku. Aku berlajar serba sedikit tentang elektrik di situ dan juga aku berlajar elektrik dengan ayah aku memandangkan ayah aku seorang Chargemen di sebuah syarikat yang ternama di Sg Buloh, Selangor.


      Setelah tamat latihan enam bulan di pusat latihan YBK, aku menyambungkan pengajian aku di Kolej Komuniti Sabak Bernam, aku mengambil sijil teknologi elektrik, dan aku di tempatkan di kelas STE A di situlah bermula kehidupan seorang pelajar berwawasan, dan disitulah aku memperolehi ilmu yang sangat berguna yang akan aku bawa ke masa hadapan kelak, aku mendapat ramai kawan baru yang boleh membawa aku ke hadapan, duan tahun aku berlajar di situ, kini kawan sudah menjadi satu saudara yang begitu akrab, susah senang aku di bantu oleh teman – teman yang begitu mengambil berat tentang diri ku. Setelah dua tahun di Kolej Komunti Sabak Bernam aku merasakan diri aku ini tidak mahu berpisah dengan teman – teman aku, begitu jua teman – teman ku. Suka duka kami bersama, susah senang kami bersama diibarat cubit peha kanan peha kiri terasa, bagai isi dan kuku. Tapi hakikatnya kami terpaksa berpisah untuk meneruskan kehidupan masing – masing. Rasanya baru semalam kami berjumpa, cepat masa berlalu.
Kini usia ku 20 tahun. Dan aku berstatus graduit yang mempunyai segulung sijil, walaupun ia hanya sijil dan mungkin ada sesetengan syrikat tidak berminat untuk mereka mngambil kami berkerja, namun kami nekad untuk membuktikan orang macam kami boleh melakukan apa jua kerja sama ada didalam bidang yang kami ceburi atau di luar bidang yang kami ceburi. Dan aku kini akan melanjutkan pengajian di Politeknik Merliamau Melaka pada pertengahan bulan 12 nanti didalam bidang diploma kejuruteraan elektrik. Aku telah menanam satu azam pada diri aku sendiri, nescaya satu hari nanti akan aku memperolehi segulung ijazah untuk aku mencapai cita –cita aku sebagai seorang jurutera yang berkebolehan dan akan aku banggakan hati kedua ibu bapa aku kerana jasa mereka tidak dapat aku balas dengan wang ringgit. Pengorbanan ibu bapa ku tiada tandingannya di dunia ini. Ibu bapa ku adalah contoh untuk aku teruskan kehidupan aku sebagai seorang anak yang berdidikasi serta bersemangat tinggi untuk aku mencapai sesuatu impian hidup aku yang selama ini aku simpan didalan hati ku, ibu bapa ku adalah idola ku.     


Friday, November 11, 2011

tragedi 10 / 10 / 10 dan 11 / 11 / 11...


TRAGEDI 10 / 10 / 10
Tarikh 10.10.10 yang dinanti-nantikan kebanyakan umat manusia dengan peristiwa-peristiwa menarik seperti perkahwinan, pernikahan dan juga
aktiviti-aktiviti bersosial semasa keluarga.. Tetapi tidak pada 12 nyawa dan lebih 40 orang cedera dalam kemalangan ngeri membabitkan 7 buah kenderaan di Kilometer 223 Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Plaza Tol Simpang Ampat, Rembau Negeri Sembilan semalam.
kemalangan bas lebuhraya utara selatan melaka Update | Video Kemalangan Ngeri 10.10.10 Tragedi Lebuhraya – 12 Maut
Difahamkan tragedi ngeri ini berlaku pada 6.40 petang, kesemua mangsa yang terkorban terdiri daripada sembilan lelaki dan tiga wanita. Setakat
tengah malam tadi identiti semua mangsa belum dikenal pasti. Kenderaan yang terbabit dalam kemalanagan itu ialah sebuah bas express Delima,
sebuah bas Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), tiga buah kereta, sebuah van dan sebuah motosikal.
Kemalangan itu didakwa berpunca daripada bas express Delima yang dalam perjalanan dari Melaka menuju ke ibu negara. Bas itu didakwa terbabas dan melanggar pembahagi lebuh raya. “Selepas melanggar pembahagi jalan bas tersebut berpusing-pusing memasuki laluan bertentangan sebelum berlanggar dengan sebuah van yang dalam perjalanan ke selatan.
“Bas Delima itu kemudian merempuh sebuah Perodua MyVi, bas JKM dan tiga buah kenderaan lain,” kata beliau ketika dihubungi di sini semalam. Difahamkan 12 mangsa yang terkorban membabitkan sepuluh penumpang bas Delima, seorang penumpang van dan seorang penunggang motosikal lelaki. -Kosmo
bas delima kemalangan Update | Video Kemalangan Ngeri 10.10.10 Tragedi Lebuhraya – 12 Maut
x2 2f8ccfd Update | Video Kemalangan Ngeri 10.10.10 Tragedi Lebuhraya – 12 Maut
x2 2f8cf8d Update | Video Kemalangan Ngeri 10.10.10 Tragedi Lebuhraya – 12 Maut
Sumber Kosmo dan Google… 
TRAGEDI 11 / 11 / 11
SLIM RIVER: Kebanyakan pelajar dan guru dari Sekolah Menengah Kebangsaan Air Merah, Kulim, Kedah sedang tidur ketika bas persiaran yang mereka naiki untuk lawatan ke Kuala Lumpur sebelum ke Genting Highlands terbabas dan terbalik di laluan kiri menuju arah selatan di Kilometer 382 Lebuhraya Utara-Selatan awal pagi tadi. 

Menurut saksi, mereka cuba keluar dari bas terbabit sebelum treler membawa guni muatan pasir merempuh sebahagian belakang bas yang berada di atas jalan laluan lebuh raya itu.
Seorang pelajar yang berada dalam bas terbabit, Farhana Adila Ramli, berkata ketika kejadian kebanyakan rakannya sedang tidur.
"Kami tidak sedar sebahagian bas telah terbalik selepas terbabas, suasana bising. Kami keluar dari bas untuk selamatkan diri masing-masing. Pada waktu itu tiba-tiba sebuah treler langgar dari belakang bas, kawan-kawan di bahagian belakang saya tidak tahu nasib. Saya sedar apabila berada di hospital," katanya ketika ditemui di bahagian kecemasan Hospital Slim River di sini. 

Pelajar Tingkatan Tiga, Mohd Shah Redzuan Samsudin, yang patah di bahagian lengan, berkata sebilangan besar yang berada di dalam bas terbabit hanya cedera ringan apabila bas itu terbabas. 

"Apabila treler merempuh bas kami, saya tengok rakan sekolah yang lain tercampak keluar dari bas," katanya. 

Guru mata pelajaran Biologi, Azria Hani, 31, berkata rombongannya bertolak dari Kulim pada 11.30 malam tadi untuk lawatan ke Kuala Lumpur dan Genting Highlands. 
Antara tempat yang ingin dilawati adalah ASTRO dan Menara Berkembar PETRONAS. 

Sementara itu, Ketua Wanita UMNO Bahagian Alor Setar, Sharifah Maznah Syed Kassim, berkata mangsa yang maut dalam kejadian itu, Basarah Saad, adalah ahli pergerakan Wanita dan menaiki bas lain yang berhenti untuk membantu pelajar keluar dari bas yang membawa rombongan sekolah berkenaan. 

"Ketika bas yang membawa rombongan Pergerakan Wanita UMNO Kedah untuk ke Tanjung Karang lalu di kawasan terbabit, pemandu ternampak dan kemudian berhenti di depan bas terbabit. 

"Pemandu kami turun untuk bantu pelajar dan pesan kepada kami jangan turun tapi beberapa ahli pergerakan ingin bantu. Mereka sempat keluarkan tiga pelajar dari bas yang terbabas," katanya. 

Apabila sedang membantu, sebuah treler merempuh belakang bas terbabit dan kemudian asap keluar berkepul-kepul. 

"Pemandu minta semua ahli Wanita yang turun (untuk bantu) naik semula ke dalam bas kami, kerana pemandu kata keadaan bahaya dan risau jika bas terbabit meletup. Apabila bas kami bergerak, baru tersedar Basarah tiada dalam bas, dan cubaan menghubunginya gagal. Kami kemudian berhenti dan berjalan kaki ke kawasan kejadian sebelum dimaklumkan Basarah maut," katanya. 

Katanya, ketika kejadian, kedengaran pelajar terbabit menangis dan meminta tolong dalam keadaan gelap di kawasan berkenaan. 

Beliau berkata, Basarah adalah ibu tunggal dan mempunyai tiga anak lelaki. 

Abang kepada seorang pelajar yang maut, Zuhairi Azhan, 21, berkata pada mulanya beliau tidak membenarkan adiknya Khairul Anwar menyertai rombongan itu bagaimanapun selepas dirayu beberapa kali akhirnya beliau mengizinkan. 

"Saya terkilan tidak dapat menghantar adik kerana bekerja. Sebenarnya ibu saya mengalami trauma kerana sebelum ini adik perempuan saya juga meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya," katanya. 

Ibu kepada Farhana Adila, Rozita Idris berkata, pada 6.30 pagi tadi beliau cuba menghubungi anaknya bagaimanapun tidak dapat menembusi talian telefon bimbit anaknya itu. 

"Saya kemudiaan cuba hubungi kawan kepada anak saya, dan dimaklumkan bas kemalangan dan mereka berada di Hospital Slim River. Saya sedih dan hiba apabila diberitahu ada rakan anak yang meninggal dunia dalam kejadian itu," katanya. 

Kesemua jenazah mangsa yang maut sudah dituntut waris masing-masing petang tadi di Rumah Mayat Hospital Slim River. 

Dalam kejadian itu, empat maut dan lima cedera parah apabila sebuah treler membawa guni berisi pasir melanggar bahagian belakang bas yang berhenti akibat terbabas di sebelah kiri laluan menuju ke selatan di Kilometer 382 Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Behrang di sini awal pagi tadi. - BERNAMA